Rabu, 29 April 2009

Sekitar Kursus Fertigasi di Jabatan Pertanian Air Hitam.

Assalamualaikum. Alahamdulillah seperti yang telah dirancangkan permohonan kursus di Jabatan Pertanian Air Hitam, Johor diluluskan oleh ketua jabatan tersebut dan telah berjaya dijalankan dengan sempurna sekali selama 2 hari. terima kasih juga kepada tenaga pengajar terutama Puan Zalifah dan pembantu yang memberikan kursus dengan jayanya. Kini segala ilmu yang diperolehi melalui bahan bacaan diperjelaskan lagi di dalam kursus tersebut yang secara keseluruhannya dijalankan secara praktikal. Di bawah secara ringkas laporan bergambar sekitar kursus.





Antara ahli - ahli kursus yang sibuk nak bergambar je..

Antara kaeadah autopot

Melon autopot ini lah pepatah melayu" ulat dalam batu pun idup" kini pokok dlm batu....

Ha UFO pun ader ..... rumah lindungan hujan unik di jabatan pertanian tersebut

Cehh tak abis abis bergambo

Ha bancuh baja jangan tak bancuh

Kursus termasuk juga membuat sambal tumis ops ... buat baja ler, lepaih nih mesti bleh buat baja sendiri , baru ader kompiden.. ni asyik kene tipu jer baja yang dibeli sebenarnya kurang unsur , pokok mcm maner nak jadi contohnye pokok cili saya sudah mencecah ketinggian orang dewasa tinggi giler tapi hasilnye daun je , buah tarak... , kalau jual daun ada yang nak beli ker ??



Di bawah ini juga disertakan catatan (perkembangan) projek DIY saya untuk phase 2 yang mencecah hampir 3 bulan.


Alhamdulillah buah sulung mulai kelihatan.



Perkembangan pokok yang memberangsangkan Alhamdulillah...


Pokok terung kampong subur tapi buah tarak lagi..



Timun wow memang menjadi ni spesis timun gergasi ade yang panggil timun tua , emak saya panggil timun tahun, benihnye pun pemberian emak.


Hasil tempohari , ade jiran tanye "engkau tanam betik ke??", timun nih memang sedap dibuat gulai lemak dengan ikan, slurppp.


Projek seterusnye phase 3, cili hybrid 469 dan cili benggala.

Tengah setup

Anak pokok baru di transfer ke polibeg (usia 30 hari )


Piping system baru nak setup kat gambar tuh, but now fertigation system already running with fully auto c.. cheewah..

Harapan untuk phase 3 ini menjadi kenyataan dan berjaya hendaknye, tinggal lagi phase 1 yang masih di dalam mencari penyelesaian dimana
1: Pokok tinggi lampai melebihi paras ketinggian aku... memang segar merimbun..
2: Bunga lebat tapi hampeh gugur menyembah bumi....
3: Satu pokok dikuarantin kerana jangkitan kuning & kerinting tahap dewa.
4: 3 pokok daun berkedut , keras dan rapuh.

Andaian dari masalah tersebut..
a) Pokok tinggi lampai kerana mencari cahaya suci, sebab dia duduk di bawah awning/atap. Dulu ingat clili nih nak duduk tempat redup, silap rupenye.
b)Bunge gugur kerana media sabut terlalu lembab dan payah nak kering, sepatut nye sebelah malam media hendak lah kering supaya akar dapat bernafas.
c)Penyakit kerinting dan kuning tuh tak pasti, samada dari biji benih itu sendiri atau ada hamama/trip menyinggah.
d) Pokok daun lebar tapi berkedut, pucuk mengecil dan rapuh , ha ini mungkin ada jawabannye setelah bertalu talu pertanyaan demi pertanyaan di ajukan kepada otai- otai cili maka dapat disimpulkan bahawa ianya adalah disebabkan kekurangan unsur "Boron", Terima kasih kepada Abang Mat (bicara jutawan) atas syornye. Setelah disembur "Boron", seminggu kemudian pucuk baru cantik kembali.
Phase 1 telah mencecah 4 bulan lebih sebenarnye.
Memang hobi bertani nih amat memberikan pengalaman, pengajaran , perkenalan dan bermacam-macam per lagi. InsyaAllah projek masadepan ini lah die yang akan aku ceburi.......
Sekian dulu buat kali ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika ada catatan silakanlah