Isnin, 9 Mac 2009

Perkembangan seterusnya projek DIY.

Assalamualaikum wbth.....
Syukur kehadrat illahi dilimpahkan kurnia yang melimpah ruah, umpamanya hujan telah mulai turun semenjak dua menjak ini setelah hampir 2 bulan lebih kemarau panjang di daerah Johor. Mungkin berkat dari tarikh besar keramat yang membawa perubahan amat besar dalam kehidupan umat sejagat iaitu tarikh kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Rasulullah SAW pada hari ini 9 March masehi 2009 bersamaan 12 Rabiulawwal 1430 hijrah. Marilah kita berselawat ke atas Nabi kita (Allahhumasalliala Muhammad WaalaaliMuhammad).
Sedikit catatan bergambar perkembangan projek tanaman cili DIY disertakan bertujuan bukanlah apa-apa cuma untuk rujukan sendiri dan jika ada komen/teguran dari sesiapa yang berpengalaman amat dialukan. Jauh sekali untuk berbangga atau mengada-ngada bab kata orang projek tak seberapa tapi siap diblogkan lagi, sedangkan ramai lagi yang sudah amat berjaya dalam tanaman system fertigasi takde lah sampai buat blog. Mungkin ada otai otai cili meluat untuk melihat blog ini tapi tak per sekadar rujukan sendiri sebenarnya.
Pada minggu lepas sebelum hujan turun keadaan angin terlalu kencang sehingga beberapa pokok dihalaman tumbang menyembah bumi, bunga-bungaan di dalam pasu turut bergelimpangan apatah lagi pokok cili saya di dalam polibeg turut melentur tahap kritikal, cuma tidak tergolek je.
Yang sedihnya tanaman hidroponik saya diterbangkan angin macam layang-layang kerana penutupnya dibuat dari polistrin amat ringan. Kesemua anak sayur hidroponik saya tergolek satu persatu.
Langkah drastik dilakukan dimana kayu pancang dibeli segera untuk sokongan anak cili. Sebagai pengajaran sepatutnya kayu pancang mesti diletakkan segera setelah anak pokok di alihkan ke polibeg bagi tempat yang berangin kuat seperti di kawasan rumah saya, mungkin berhadapan dengan padang permainan.







Syukur anak pokok cili saya tak terbantut walaupun keadaan batang yang tidak lurus lagi kerana terlentuk akibat angin kencang tersebut.. Dibawah keadaan anak cili saya yang hari ini berumur 63 hari dari peach mata adakah ianya normal / abnormal ??..






Anak cili saya yang berusia 57 hari sebenarnya telah mulai mengeluarkan tunas/cabang utama di bahagian pucuknya, ketinggian anggaran 15 inch/38cm. Setelah 6 hari dari tarikh tersebut keadaan tunas cabang seperti gambar di bawah , dan ketinggian pokok adalah 17 inch/43 cm.





Rasanya amat berpuas hati dengan tahap perkembangan anak cili saya, tapi sebenarnya saya tiada rujukan untuk dibuat benchmark untuk membezakan perkembangan dengan orang lain.

Di bawah pula saya paparkan sedikit perkembangan tanaman percubaan fertigasi untuk tanaman lain, antaranya....





Strawberi tanah rendah setelah berada di polibeg 10 hari..


Timun yang berusia 36 hari.
Oh ye perbezaan semaian media tanah vs media sabut+sekam gambar bawah..

media normal fertigasi sabut+sekam, perkembangan normal.


media tanah biasa.. perkembangan terbantut.



Anak bendi seusia timun.

Hdroponik oh hidroponik...
paparan lepas ada saya nyatakan percubaan tanaman hidroponik khailan saya, tapi nampaknye tak berjaya kerana tahap perkembangan pokok amat perlahan @ bantut, saya bandingkan dengan tahap perkembangan pokok dengan kawan yang turut sama mencuba hidroponik khailan , amat ketara perbezaannya. Faktor dikenalpasti berpunca dari tahap pencahayaan yang amat kurang di bahagian anjung parking kereta dan serangan kulat dibahagian bawah benang tempat akar pokok...
pokok khailan bantut tersebut sempat dialihkan ke pasu media sabut diberi titisan baja fertigasi, sebagai percubaan pemulihan..

Semasa baru di alihkan ke pasu...



Setelah 24 hari di dalam pasu..

Setelah tidak berjaya dalam khailan hidroponik mencuba pula tanaman Salad hidroponik, nampak ada perkembangan positif walaupun dah diterbangkan angin ribut tempohari..


Akhir sekali...

Oleh kerana percubaan pelbagai tanaman menggunakan system fertigasi terpaksalah saya mengasingkan nutrient supply kepada 2 ....


Sekian untuk catatan kali ini ..
Wassalam..