Sabtu, 31 Januari 2009

Bercuti sambil ronda- ronda cari ilmu fertigasi

Sempena cuti raya cine baru- baru nih, apa lagi ambil kesempatan untuk balik kampung 1 minggu, tapi yang meningkan kepala sape yang nak menyiram semaian cili tuh... satu minggu kering ler nampak nya, tapi tak per, system dah ader gunakan lah... Dripper dah pasang dan test kat pokok bunge, jumlah kadar air vs timer pun dah di kaji yah.. yah


Sedikit catatan sepanjang percutian di kampung.. macam homestay jer.. Tenang permai desa...lihat ler siap berkabus lagi...



Mak aiii rupernye emak dah tanam terung gergasi cara konvensional. menjadi plak tuh..


Seharian di kampung Emak, bertolak pula ke kampung mertua.., oleh kerana kampung mertua sudah berdekatan dengan Cameron Highland , aper lagi tak lepaskan peluang meninjau aktivity pertanian di sana,, secara keseluruhan system pertanian fertigasi memang dijalankan disana mungkin kerana faktor terhadnya tanah, dan system konvensional masih banyak juga dijalankan.. Tanaman strawberi fertigasi..


Sayur, epal,anggur dan bunga pun system fertigasi, nampaknyer semua fertigasi lah hidup mati fertigasi..




Tanaman Teh jer bukan guna system fertigasi

Haa yang dua di bawah tu pun bukan system fertigasi tau


Mentang- mentang lah cuti umum trafik jam gile-gile kat puncak bukit tuh , naik kematu kaki tekan pedal klach ngan brek, pulak tuh mat- mat bangla punyelah ramai keluar ari tuh, mereka nih bekerja di kebun-kebun sayur...
Secara jelasnya system tanaman fertigasi nih memang telah terbukti sebagai system pertanian moden yang berjaya...

sekian

Perkembangan Semaian Cili



Alahamdulillah anak cili mula memunculkan diri, lihatlah mereka berlumba-lumba untuk melihat dunia..
Dan sekarang tapak yang sesuai di mana agaknye....

Tapak yang sesuai buat masa ini..


Opps sang penyibuk je


System dah start setup..

Projek Tambahan



Salam..

Terasa begitu lama masa menanti/ menunggu perkembangan semaian anak cili, bagi mengisi masa menanti tersebut terfikir untuk menyambung percubaan tanaman hidroponik, set hidroponik baru telah dibeli dan terus memulakan experiment tanaman khailan... trejeng jeng...
Harap-harap kali ini berjaya... yang lepas-lepas gagal kerana campuran baja tidak mengikut spesipikasi yang sesuai...

Ahad, 4 Januari 2009

Biji benih mulai pecah mata

Salam..
Alhamdullilah hari ini setelah 6 hari proses pemeluapan untuk biji benih yang disemai nampaknya ada perubahan iaitu biji benih mulai pecah mata, mudah mudahan proses berjalan lancar.
Siraman menggunakan spray telah di lakukan 2 kali sehari.
Pada 30 Disember lepas telah ke Yong Peng di kedai peralatan Fertigasi milik seorang Bumiputra, terimakasih kepada pemilik kedai yang memberi banyak info mengenai system fertigasi. Berbagai barangan kelengkapan telah dibeli. Turut bersama seorang rakan yang ingin sama memulakan set mini percubaan tanaman fertigasi ini.