Ahad, 25 Oktober 2009

Penghujung Musim

Assalamualaikum.
Sedar tidak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2009, setelah kita berpuasa , beraya Aidilfitri, secara tidak sedar sudah lama blog ini tidak diupdate. Mungkin agak sibuk dengan berbagai kerja, aktivity dan pelbagai perkara. Juga sedar tidak sedar baby ku "Benyamin" sudah berusia 6 bulan dengan pelbagai gelagat gaya seorang bayi yang membuatkan masa ku berlalu tanpa ku sedar. Alahamdulillah segala puji bagi Allah kerana aku masih di sini dan tidak di sana (alam lain) yang mana selang beberapa bulan berlalu pelbagai perkara telah berlaku, perginya sahabat yang tak akan kembali..... oh hidup mesti diteruskan "life must be go on".
Begitu juga projek fertigasi ku yang pertama sudah di penghujung musim. Inilah proses pembelajaran, kursus praktikal secara sendiri yang memberi berbagai pengalaman, ilmu yang mungkin tidak dapat dalam kursus formal.
Di bawah secara ringkas laporan ops.. catatan bergambar sebagai rujukan...




Hasil yang amat memberangsangkan macam tak percaya aku dapat menghasilkannya dengan tangan sendiri.. Alahamdulillah.

buah matang



Hasil sepetang , dah tak larat nak makan cili ini , jiran-jiran sebagai customer free je sedekah,
ada juga hasil dihantar ke pasar mini berdekatan, boleh lah buat duit jajan anak.

hasil di hujung musim, buah dah ketot tapi masih menyengat.



Keadaan pokok yang dah tua daun dah keprepot,tapi hasil tak putus-putus...



Ini adalah salah satu cara yang amat tak praktikal iaitu menyampul buah dari serangan lalat buah, cuba bayangkan ada seratus pokok dan setiap pokok ada seratus biji buah, tak dapet den nak nolong. Oh ye hari tuh serangan lalat buah sudah mencapai 98% dimana berkilo hasil cili ku busuk, di dalamnya ada larva lalat , perit rasanya. Sebelum ini aku menggunakan perangkap lalat yang dibuat dari botol air mineral setelah survey cara di internet menggunakan "Meythil Euganol" sebagai penarik lalat betina. Hasilnya menjadi dimana serangan dapat dikurangkan ke tahap minimum tetapi sejak dua menjak selepas itu serangan lalat semakin menjadi jadi. Buntu dengan keadaan aku menyampul buah dengan plastik ais krim ha ha aha naik berlendir ketiak.
Kemudian aku ke kedai racun serangga bertanya dengan tokey kedai yang tak kedekut ilmu menyarankan aku menggunakan racun yang berjenama "Crescent 5 EC " bahan aktif "Cypermetrin" dan hasilnya amat memuaskan lalat buah tidak kelihatan.





Gambar tempoh hari setelah dilanda taufan elnano, ujian dari yang maha berkuasa, pokok bergelimpangan , banyak dahan yang patah terpaksalah buah cili yang muda fresh di buat jeruk... emmm sedap dimakan dengan mee goreng kerang wa cakap lu....







Pernah dengar cili padi yang termahal sekali tak?. Ha ini lah dia rupe bentuk cili padi atau cili burung yang harganye mencecah RM 24.00 sekilo. Ada dua pokok yang berbuah tidak berhenti-henti dalam jagaan aku. Nak tahu dari mana aku mendapatkan benihnye.. Ha benih ini diambil dari kampong Mak aku pemberian ikhlas dari owner sendiri iaitu "Burung Merbah Kunyit", cerita sebenar bukan rekaan tau.
Pedas jangan cakap le..









Bebarapa pokok cili telah di terminate kan hayatne kerana sudah tidak ada produksi lagi dan kerinting tahap dewa. Polibeg yang kosong aku gunakan dengan tanaman sayur kobis cina dan kobis bulat , ada juga sedikit pokok khailan kegemaran ku turut di tanam sementara menunggu tanaman musim seterusnya untuk dimulakan.
Itulah serba sedikit catatan yang dapat dipaparkan buat kali ini , lain kali kita berjumpa lagi,.
Wassalamu..