Rabu, 29 April 2009

Sekitar Kursus Fertigasi di Jabatan Pertanian Air Hitam.

Assalamualaikum. Alahamdulillah seperti yang telah dirancangkan permohonan kursus di Jabatan Pertanian Air Hitam, Johor diluluskan oleh ketua jabatan tersebut dan telah berjaya dijalankan dengan sempurna sekali selama 2 hari. terima kasih juga kepada tenaga pengajar terutama Puan Zalifah dan pembantu yang memberikan kursus dengan jayanya. Kini segala ilmu yang diperolehi melalui bahan bacaan diperjelaskan lagi di dalam kursus tersebut yang secara keseluruhannya dijalankan secara praktikal. Di bawah secara ringkas laporan bergambar sekitar kursus.





Antara ahli - ahli kursus yang sibuk nak bergambar je..

Antara kaeadah autopot

Melon autopot ini lah pepatah melayu" ulat dalam batu pun idup" kini pokok dlm batu....

Ha UFO pun ader ..... rumah lindungan hujan unik di jabatan pertanian tersebut

Cehh tak abis abis bergambo

Ha bancuh baja jangan tak bancuh

Kursus termasuk juga membuat sambal tumis ops ... buat baja ler, lepaih nih mesti bleh buat baja sendiri , baru ader kompiden.. ni asyik kene tipu jer baja yang dibeli sebenarnya kurang unsur , pokok mcm maner nak jadi contohnye pokok cili saya sudah mencecah ketinggian orang dewasa tinggi giler tapi hasilnye daun je , buah tarak... , kalau jual daun ada yang nak beli ker ??



Di bawah ini juga disertakan catatan (perkembangan) projek DIY saya untuk phase 2 yang mencecah hampir 3 bulan.


Alhamdulillah buah sulung mulai kelihatan.



Perkembangan pokok yang memberangsangkan Alhamdulillah...


Pokok terung kampong subur tapi buah tarak lagi..



Timun wow memang menjadi ni spesis timun gergasi ade yang panggil timun tua , emak saya panggil timun tahun, benihnye pun pemberian emak.


Hasil tempohari , ade jiran tanye "engkau tanam betik ke??", timun nih memang sedap dibuat gulai lemak dengan ikan, slurppp.


Projek seterusnye phase 3, cili hybrid 469 dan cili benggala.

Tengah setup

Anak pokok baru di transfer ke polibeg (usia 30 hari )


Piping system baru nak setup kat gambar tuh, but now fertigation system already running with fully auto c.. cheewah..

Harapan untuk phase 3 ini menjadi kenyataan dan berjaya hendaknye, tinggal lagi phase 1 yang masih di dalam mencari penyelesaian dimana
1: Pokok tinggi lampai melebihi paras ketinggian aku... memang segar merimbun..
2: Bunga lebat tapi hampeh gugur menyembah bumi....
3: Satu pokok dikuarantin kerana jangkitan kuning & kerinting tahap dewa.
4: 3 pokok daun berkedut , keras dan rapuh.

Andaian dari masalah tersebut..
a) Pokok tinggi lampai kerana mencari cahaya suci, sebab dia duduk di bawah awning/atap. Dulu ingat clili nih nak duduk tempat redup, silap rupenye.
b)Bunge gugur kerana media sabut terlalu lembab dan payah nak kering, sepatut nye sebelah malam media hendak lah kering supaya akar dapat bernafas.
c)Penyakit kerinting dan kuning tuh tak pasti, samada dari biji benih itu sendiri atau ada hamama/trip menyinggah.
d) Pokok daun lebar tapi berkedut, pucuk mengecil dan rapuh , ha ini mungkin ada jawabannye setelah bertalu talu pertanyaan demi pertanyaan di ajukan kepada otai- otai cili maka dapat disimpulkan bahawa ianya adalah disebabkan kekurangan unsur "Boron", Terima kasih kepada Abang Mat (bicara jutawan) atas syornye. Setelah disembur "Boron", seminggu kemudian pucuk baru cantik kembali.
Phase 1 telah mencecah 4 bulan lebih sebenarnye.
Memang hobi bertani nih amat memberikan pengalaman, pengajaran , perkenalan dan bermacam-macam per lagi. InsyaAllah projek masadepan ini lah die yang akan aku ceburi.......
Sekian dulu buat kali ini

Sabtu, 4 April 2009

Penyakit/Masalah Pokok Cili

Assalamualaikum...

Penyakit oh penyakit... apa yang saya maksudkan adalah penyakit pokok cili , benarlah apa yang dikatakan oleh otai-otai penanam cili yang telah berkecimpung sekian lama bahawa menanam cili ini bukanlah perkara yang menyenangkan, berbagai cabaran masalah dari pelbagai aspek yang terpaksa diharungi, jika hati dan semangat tidak kuat nescaya akan berundur lebih awal.
Masalah symptom penyakit cili ini telah berlaku kepada saya dalam projek mini diy, ini sudah tentu memberikan pelajaran yang amat bermakna dalam kursus praktikal yang saya jalankan sendiri untuk diri sendiri ini.
Bukan mudah ye menjaga tanaman ini walaupun dibelai, dibelek, dibaja, dirawat/racun mengikut jadual tanpa miss , tapi masih juga menghadapi kepada masalah/penyakit cili ini.
Untuk sesiapa yang ingin menjalankan projek mega/besar-besaran untuk tanaman ini terimalah nasihat dari otai-otai cili iaitu, " buatlah secara kecil-kecilan dahulu untuk pembelajaran".
Di bawah ini serba ringkas laporan bergambar yang saya paparkan.






Gambar di atas adalah salah satu pokok cili kulai 568 , symptom pucuk kekuningan, pucuk seterusnya akan mengecil dan totaly kuning, pertanyaan telah diajukan kepada otai-otai berpengalaman dan ada yang mengatakan kekurangan unsur nutrient seperti unsur utama calsium atau ferum, cara mengatasi adalah injet unsur tersebut direct kepada daun as foliar.
Ada juga otai mengatakan symptom tersebut adalah permulaan penyakit kerinting daun yang disebabkan virus hamama yang dibawa oleh serangga atau bawaan benih itu sendiri, penyelesaiannya adalah cabut dan bakar sahaja pokok tersebut tak dapat diselamatkan lagi.
Memang memeningkan kepala bagi saya yang tak berpengalaman ini dimana jika kekurangan unsur nutrient/nutrient defeciency kenapa satu pokok sahaja yang kena sedangkan pengairan baja adalah sama setiap pokok yang lain. Jika penyakit bawaan serangga kenapa pokok itu sahaja yang kena sedangkan kawalan serangga adalah ditahap yang maksimum. Berbagai faktor lain telah saya rekodkan dan fishbone cart akan dianalysis.









Symptom di atas pula adalah keadaan daun yang berkedut , mula rapuh jika diramas, pucuk akan mengecil mengeras dan akhirnya gugur, adakah ianya terlebih baja/over doss, EC too high.. Jawabannya juga kekurangan unsur iberpunca dari deficiency immobile nutrient- nutrient tak leh translocation atau bergerak dari daun tua ke pucuk sebab elemen considered immobile ,deficiency Fe, deficiency zinc sebab berketak dan kedut. kedua2 nya terjadi interveinal chlorosis. Zn dan juga calcium memainkan peranan . kalau boron sahaja pucuk muda rapuh atau mati. Sama juga penyelesaiannya dapatkan unsur tersebut dan tembak as foliar.
Semua kaedah rawatan tersebut telah diberikan oleh otai-otai cili berpengalaman.
PH media juga amat memainkan peranan dimana jika PH tidak bersesuaian xilem pokok tidak dapat menyerap nutrient dengan baik dan ofcours nuitrient defeciency will be happen.
So apa nak dibuat sekarang ??.. kat mana nak beli bahan-bahan asas calsium, ferum ,zink dan lain-lain , kalau kat sekolah dulu bleh juga rembat kat makmal.
Dah survey kedai baja cuma nutrient yang telah disiapkan sahaja yang ada dan harganya alahai sebotol mencecah 50, 80 Ringgit setiap satu unsur, kalau setakat jalankan set diy nih tak berbaloi rasanya, tapi untuk mencuba dan belajar aplah salahnye kan. Tak per akan diusahakan..


Di bawah ini merupakan projek perkembangan phase 2, also diy set ...



Barisan pokok cili kulai 568 in progress..



mula mengeluarkan cabang utama (tiga cabang dan ada yang dah berbunga)



bendi merah yang mula mengeluarkan putik



Khailan yang dah boleh dibuat khailan ikan masin... pergh sedap tuh



Timun mula mengeluarkan bunga dan dah ada putik..




Strawbery mula membiak tapi bila nak berbuah tak tahulah..


piping and tank system yang telah di upgrade..





Salad hidroponik yang dah di test buat nasi ayam power , memang sedapp..






sedikit gambar first projek diy, bunga mulai keluar tapi keguguran bila nak lekat gamaknye, mungkin faktor hujan media terlalu lembab boron tak sembat naik.



Ha ini adalah projek diy seterusnya phase 3, semaian cili 469 hybrid in progress,18 days already. Harga mak ai sepeket sahaja mencecah 110 ringgit, tapi tak per belajar tetap belajar , projek masa depanlah katakan..

sekian dulu buat masa ini... kuatkan semangat, kuatkan semangat InsyaAllah..