Jumaat, 22 Januari 2010

2010 lembaran Rock Melon

Assalamualaikum...

wah lama sungguh catatan blog saya ini tidak di update.. tidak terlewat lagi untuk ucapan tahun baru 2010 masehi semoga banyak peningkatan dalam apa jua benda dalam tahun baru ini.. InsyaAllah.
Berbalik pada catatan lepas berkenaan percubaan tanaman cili , Alhamdulillah succes, pelbagai pengajaran telah dipelajari dan ada konfiden sket jika nak buat real projek. Tanaman sayur juga succes sehingga stok sayur melimpah ruah.
Setelah musim cili berakhir difikirkan untuk percubaan tanaman Rock Melon pula. Sebelum menjalan kan praktikal banyak jugalah pembacaan , lawatan secara tak formal dilakukan dan juga telah berjumpa dengan orang kuat fertigasi sendiri iaitu Tuan Haji Amat Makri, bertanya dan melihat projek yang dijalankan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Air Hitam Johor.
Dibawah disertakan beerapa gambar dan catatan untuk refrence..


Bergaya sket kat Ladang Tomato fertigasi.


tanaman timun.


Segar


Teknik Autopot Tomato ceri bulat,.. geramnyeer..


Buah yang tak terpetik


start berbuah..


Ha ini barulah projek percubaan yang dijalan kan sendiri di tepi rumah...
Gambar satu hari setelah ditransfer ke polibeg..5 hari lepas semai.. cepat betui pokok nih..




perkembangan 10 hari di polibeg.. agak lambat.. baru belajar nak memanjat (vertical limit).


satu unit Autopot untuk percubaan..


Tiga unit Hidroponik percubaan..

setelah 20 hari...kat takung hidroponik


20 hari di polibeg


Timun bersebelahan dengan rock Melon untuk kahwin .. tengok die jadi aper Rock memon ker..


nak manjat pun kene trainning..



perkembangan seterusnye di usia 22 hari..


Gunakan ruang sepenuh nye.. bawah tingkap


Vertical culture

perkembangan yang memberangsangkan..
Bunga jantan mulai keluar dgn banyak kemudian bunga betina menyusul kemudian..
Dan start polination/ pendebungaan berbantu.. ala tolong ler sikit sang kumbang dan lebah buat keje..


Dah cecah bumbung nampak..


hasil pendebungaan/kahwin dah mengandung pun...


putik sulung..


Twin kobis yang tak habis habis lagi..

segar

segar macam kat Cameron highland..


bab ini lagi seronok dan mencabar.. membesarkan baby Benyamin ku..


dah pandai meniarap.. tak lama lagi merangkak ler tuh.. lpas tuh nak gi sekolah lah plak ikut abang abang nyer.. semua abang tau tak der kakak..

Ituler saja catatan kali ini will update later..
Wassalam.. Bye

Ahad, 25 Oktober 2009

Penghujung Musim

Assalamualaikum.
Sedar tidak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2009, setelah kita berpuasa , beraya Aidilfitri, secara tidak sedar sudah lama blog ini tidak diupdate. Mungkin agak sibuk dengan berbagai kerja, aktivity dan pelbagai perkara. Juga sedar tidak sedar baby ku "Benyamin" sudah berusia 6 bulan dengan pelbagai gelagat gaya seorang bayi yang membuatkan masa ku berlalu tanpa ku sedar. Alahamdulillah segala puji bagi Allah kerana aku masih di sini dan tidak di sana (alam lain) yang mana selang beberapa bulan berlalu pelbagai perkara telah berlaku, perginya sahabat yang tak akan kembali..... oh hidup mesti diteruskan "life must be go on".
Begitu juga projek fertigasi ku yang pertama sudah di penghujung musim. Inilah proses pembelajaran, kursus praktikal secara sendiri yang memberi berbagai pengalaman, ilmu yang mungkin tidak dapat dalam kursus formal.
Di bawah secara ringkas laporan ops.. catatan bergambar sebagai rujukan...




Hasil yang amat memberangsangkan macam tak percaya aku dapat menghasilkannya dengan tangan sendiri.. Alahamdulillah.

buah matang



Hasil sepetang , dah tak larat nak makan cili ini , jiran-jiran sebagai customer free je sedekah,
ada juga hasil dihantar ke pasar mini berdekatan, boleh lah buat duit jajan anak.

hasil di hujung musim, buah dah ketot tapi masih menyengat.



Keadaan pokok yang dah tua daun dah keprepot,tapi hasil tak putus-putus...



Ini adalah salah satu cara yang amat tak praktikal iaitu menyampul buah dari serangan lalat buah, cuba bayangkan ada seratus pokok dan setiap pokok ada seratus biji buah, tak dapet den nak nolong. Oh ye hari tuh serangan lalat buah sudah mencapai 98% dimana berkilo hasil cili ku busuk, di dalamnya ada larva lalat , perit rasanya. Sebelum ini aku menggunakan perangkap lalat yang dibuat dari botol air mineral setelah survey cara di internet menggunakan "Meythil Euganol" sebagai penarik lalat betina. Hasilnya menjadi dimana serangan dapat dikurangkan ke tahap minimum tetapi sejak dua menjak selepas itu serangan lalat semakin menjadi jadi. Buntu dengan keadaan aku menyampul buah dengan plastik ais krim ha ha aha naik berlendir ketiak.
Kemudian aku ke kedai racun serangga bertanya dengan tokey kedai yang tak kedekut ilmu menyarankan aku menggunakan racun yang berjenama "Crescent 5 EC " bahan aktif "Cypermetrin" dan hasilnya amat memuaskan lalat buah tidak kelihatan.





Gambar tempoh hari setelah dilanda taufan elnano, ujian dari yang maha berkuasa, pokok bergelimpangan , banyak dahan yang patah terpaksalah buah cili yang muda fresh di buat jeruk... emmm sedap dimakan dengan mee goreng kerang wa cakap lu....







Pernah dengar cili padi yang termahal sekali tak?. Ha ini lah dia rupe bentuk cili padi atau cili burung yang harganye mencecah RM 24.00 sekilo. Ada dua pokok yang berbuah tidak berhenti-henti dalam jagaan aku. Nak tahu dari mana aku mendapatkan benihnye.. Ha benih ini diambil dari kampong Mak aku pemberian ikhlas dari owner sendiri iaitu "Burung Merbah Kunyit", cerita sebenar bukan rekaan tau.
Pedas jangan cakap le..









Bebarapa pokok cili telah di terminate kan hayatne kerana sudah tidak ada produksi lagi dan kerinting tahap dewa. Polibeg yang kosong aku gunakan dengan tanaman sayur kobis cina dan kobis bulat , ada juga sedikit pokok khailan kegemaran ku turut di tanam sementara menunggu tanaman musim seterusnya untuk dimulakan.
Itulah serba sedikit catatan yang dapat dipaparkan buat kali ini , lain kali kita berjumpa lagi,.
Wassalamu..









Isnin, 15 Jun 2009

Rezeki new Born Baby Ku

Assalamualaikum, bertemu kembali di dalam coretan ringkas kali ini. Alahamdullilah Syukur tak terkira dilimpahkan kurnia yang tak ternilai kepada ku dan keluarga iaitu , lahirnya seorang lagi zuriat baru dalam keluarga kami. Setelah 9 bulan lebih di dalam kandungan isteriku maka pada 12 haribulan Mei lepas lahirlah ia dengan izin yang Maha Kuasa. Oh ye berbalik kepada perkembangan percubaan tanaman fertigasi nampaknye ada yang suksess dan ada juga yang kecundang, disini saya paparkan kesemuanye sekali dan bukannya untuk memaparkan yang suksess sahaja. Di bawah dipaparkan catatan bergambar sebagai rujukan sahaja.


Baru beberapa jam keluar setelah di Azan kan


Alahamdulillah hero lagi

Sumua hero lah nampaknye anak anak ku

ha ha kepala dah ringan nampak


Uihhh mana bau lada nih....



Ahdiah manyak nyeee, syukran to all comming visit us..


Di bawah nih pula perkembangan tanaman fertigasi yang sedang dijalankan..



Vireiti 469 sebulan di polibeg..



Yang rendah tuh cili benggala usia sebulan di polibeg..



2 bulan di polibeg , mula mengeluarkan putik







Tu dia usia dah hampir 3 bulan dari pecah mata , buah duk berjuntai-juntai, wuih memang tak dinafikan spesis nih memang hebat, tetapi ada juga kelemahannye antaranya mengikut pemerhatian saya , pokok memang tahan lasak dan rentang penyakit tetapi buahnye manja lah plak. Buah dicabang utama 90% kene penyakit lembik buah. Penyakit tersebut berlaku setelah beberapa hari di sirami hujan,(Antranoks le tuh) miss racun kulat. Setelah disembur Antracol Wp alahamdulillah buah dicabang seterusnya ok.
Berbalik dengan spesis 568 yang saya tanam phase 1 , pokok nye manje tapi buah nye plak lasak.
Sebelum ini cili 568 phase1 lambat berbuah akibat dari putik tidak lekat yang mana bunga gugur disebabkan faktor pencahayaan yang sedikit/kurang. Setelah dipindahkan ditempat terbuka barulah buah melekat dan alhamdulillah ini lah hasilnye.



Udah masak


Di bawah nih plak cili Benggala yang dah nak balik Bangla, tak suksess, sumua pokok kene panyakit tak dapat diubati yang mana pucuk menguncup mengeras dan rapuh, masa usia sebulan lebih memang cantik gila pokok ini daun nye saja macam sawi jepun.


Ready for termination, tak dapek den nak nolong.




Ada jgak la yang nak mengubat hati luka itu pun spkok je.


terung pun rancak berbuah


nak test Tanam Tomato... tpi nampak macam nak kene kerinting je, ha satu lagi daun tomato nih selalu kene serangan pelombong daun, mcm mane ek?


Alahamdulillah secara keseluruhan dari pengalaman merasa sendiri percubaan untuk tanaman fertigasi ini berbagai cabaran , karenah dan dugaan telah dilalui, rasa-rasa jika nak buat komersil tu ada konfiden sket la, tak ler buta kayu je.
Sekian dulu catatan kali ini ... to be continue......