Isnin, 9 Mac 2009

Perkembangan seterusnya projek DIY.

Assalamualaikum wbth.....
Syukur kehadrat illahi dilimpahkan kurnia yang melimpah ruah, umpamanya hujan telah mulai turun semenjak dua menjak ini setelah hampir 2 bulan lebih kemarau panjang di daerah Johor. Mungkin berkat dari tarikh besar keramat yang membawa perubahan amat besar dalam kehidupan umat sejagat iaitu tarikh kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Rasulullah SAW pada hari ini 9 March masehi 2009 bersamaan 12 Rabiulawwal 1430 hijrah. Marilah kita berselawat ke atas Nabi kita (Allahhumasalliala Muhammad WaalaaliMuhammad).
Sedikit catatan bergambar perkembangan projek tanaman cili DIY disertakan bertujuan bukanlah apa-apa cuma untuk rujukan sendiri dan jika ada komen/teguran dari sesiapa yang berpengalaman amat dialukan. Jauh sekali untuk berbangga atau mengada-ngada bab kata orang projek tak seberapa tapi siap diblogkan lagi, sedangkan ramai lagi yang sudah amat berjaya dalam tanaman system fertigasi takde lah sampai buat blog. Mungkin ada otai otai cili meluat untuk melihat blog ini tapi tak per sekadar rujukan sendiri sebenarnya.
Pada minggu lepas sebelum hujan turun keadaan angin terlalu kencang sehingga beberapa pokok dihalaman tumbang menyembah bumi, bunga-bungaan di dalam pasu turut bergelimpangan apatah lagi pokok cili saya di dalam polibeg turut melentur tahap kritikal, cuma tidak tergolek je.
Yang sedihnya tanaman hidroponik saya diterbangkan angin macam layang-layang kerana penutupnya dibuat dari polistrin amat ringan. Kesemua anak sayur hidroponik saya tergolek satu persatu.
Langkah drastik dilakukan dimana kayu pancang dibeli segera untuk sokongan anak cili. Sebagai pengajaran sepatutnya kayu pancang mesti diletakkan segera setelah anak pokok di alihkan ke polibeg bagi tempat yang berangin kuat seperti di kawasan rumah saya, mungkin berhadapan dengan padang permainan.







Syukur anak pokok cili saya tak terbantut walaupun keadaan batang yang tidak lurus lagi kerana terlentuk akibat angin kencang tersebut.. Dibawah keadaan anak cili saya yang hari ini berumur 63 hari dari peach mata adakah ianya normal / abnormal ??..






Anak cili saya yang berusia 57 hari sebenarnya telah mulai mengeluarkan tunas/cabang utama di bahagian pucuknya, ketinggian anggaran 15 inch/38cm. Setelah 6 hari dari tarikh tersebut keadaan tunas cabang seperti gambar di bawah , dan ketinggian pokok adalah 17 inch/43 cm.





Rasanya amat berpuas hati dengan tahap perkembangan anak cili saya, tapi sebenarnya saya tiada rujukan untuk dibuat benchmark untuk membezakan perkembangan dengan orang lain.

Di bawah pula saya paparkan sedikit perkembangan tanaman percubaan fertigasi untuk tanaman lain, antaranya....





Strawberi tanah rendah setelah berada di polibeg 10 hari..


Timun yang berusia 36 hari.
Oh ye perbezaan semaian media tanah vs media sabut+sekam gambar bawah..

media normal fertigasi sabut+sekam, perkembangan normal.


media tanah biasa.. perkembangan terbantut.



Anak bendi seusia timun.

Hdroponik oh hidroponik...
paparan lepas ada saya nyatakan percubaan tanaman hidroponik khailan saya, tapi nampaknye tak berjaya kerana tahap perkembangan pokok amat perlahan @ bantut, saya bandingkan dengan tahap perkembangan pokok dengan kawan yang turut sama mencuba hidroponik khailan , amat ketara perbezaannya. Faktor dikenalpasti berpunca dari tahap pencahayaan yang amat kurang di bahagian anjung parking kereta dan serangan kulat dibahagian bawah benang tempat akar pokok...
pokok khailan bantut tersebut sempat dialihkan ke pasu media sabut diberi titisan baja fertigasi, sebagai percubaan pemulihan..

Semasa baru di alihkan ke pasu...



Setelah 24 hari di dalam pasu..

Setelah tidak berjaya dalam khailan hidroponik mencuba pula tanaman Salad hidroponik, nampak ada perkembangan positif walaupun dah diterbangkan angin ribut tempohari..


Akhir sekali...

Oleh kerana percubaan pelbagai tanaman menggunakan system fertigasi terpaksalah saya mengasingkan nutrient supply kepada 2 ....


Sekian untuk catatan kali ini ..
Wassalam..

Ahad, 22 Februari 2009

Perkembangan Anak Cili yang berusia 46 hari dari pecah mata

Alahamdulillah segala puji bagi Nya. .. Seiring dengan meningkatnye usia aku pada 20 haribulan Feb lepas (Selamat Hari Jadi Buat aku) , anak cili yang berusia 46 hari dari pecah mata dan hari yang ke 15 dalam polibeg menampakkan perkembangan yang agak memberangsangkan. Oh baru aku tahu patutlah kebanyakan petani kehidupan mereke amat tenang sekali, rata rata yang aku tanya jiwa mereka, kerana setiap apa yang ditanam dan setiap harilah kita tengok perkembangan didepan mata kepala kita , apa yang kita usahakan dengan tangan sendiri sedikit sebanyak akan membuat hati berasa puas. Alangkah indah nye hidup ini jika bekerja sendiri. Kekadang apa yang kita lalui bekerja makan gaji ini terasa hanya terpaksa, tension, tertekan samalah tuh, eh apalah melalut pulak nih cerite pasal kerje plak.. cuba jenguk gambar anak cili aku tuh adakah ianya normal, abnormal pada sesiapa yang berpengalaman dengan tanaman cili nih.




Gambar di bawah pula perkembangan tanaman lain sebagai suka sukaan.


Serai peha ayam 2 pokok berusia sebulan lebih



Serai Kampung usia hampir setahun


ha inilah baka/viariti strawberi tanah rendah yang terakhir tinggal dalam jagaan aku dah hampir 2 tahun lebih beranak cucu terbiar ditepi halaman rumah, tapi masih hidup lagi memang lasak pokok baka nih, terlintas untuk membiakkan balik spesis nih setelah melawat tanaman strawbei kat Cameron Highland semangat berkobar kembali, belek belek celahan rumput ni ajelah yang tinggal, nyesal pulak dulu membiarkan begitu sahaja. Sejarah pokok nih kat umah aku ialah secara kebetulan seorang apek/cine menjual baja hormon dari taiwan kebetulan membawa benih yang ditanam dalam polibeg, dan apek tersebut berkenan memberikan anak benih strawberi nih dengan bayaran 18 ringgit sepokok setelah aku membeli sebotol hormon rahsia dari taiwan yang memang semuanya tulisan ca ya nun alif (hanya dijual untuk golongan petani cine sahaja). Setelah ditanam didalam pasu gantungan sempatlah berbuah 2 hingga tiga kali strawberi ini dan kadar membiak spesis ini memang ketara sehinggakan menjulur ke atas tanah, membiak dengan tanpa kawalan dari aku sehinggalah hampir 3 tahun. dan ini lah keturunan waris yang masih tinggal. Wah panjanglah plak cerite nih. Aku bercadang untuk menanamnye di dalam polibeg secara fertigasi InsyaAllah.


Kelapa Gading Yang seusia dengan tarikh menduduki rumah baru aku. Tarikh tanam March 2004 tapi pindah Mei 2004.

Skarang hampir 5 tahun dah mula mengeluarkan candak/bunga


Sekian catatan kali ini..

Sabtu, 7 Februari 2009

Selamat Dipindahkan

Alahamdulillah seperti yang dirancangkan petang tadi perpindahan anak semaian cili berjaya dipindahkan, moga- moga anak pokok tersebut tidak terjejas pembesarannya.

Persediaan Perpindahan anak semaian ke polibeg

Alahamdulillah.. melihat kepada perkembangan anak semaian yang semakin berkembang maka process seterusnya menyediakan media tanaman. Saya memilih sabut/cocopeat + sekam bakar, media ini sukar untuk dicari di sekitar Kulai ini, pelbagai nursery telah saya survey tapi tiada, nampaknye terpaksalah ke Yong Peng kedai seorang brader melayu yang berjaya untuk mendapatkan bahan tersebut.

Anak Cili yang berusia 31 hari dikira dari start cambah, sedia untuk di alihkan ke polibag.

Campuran sabut+sekam bakar & kerja megisi media ke polibeg. Wuih panaih tuh baru balik keje malam.. nih baru 10 beg , kalau 1000 beg ???..


Media yang selesai di susun, 10 beg jer untuk percubaan, driper dan system lain dah setel.

Untuk projek percubaan/ tambahan seterusnya benih Timun dan terung telah di semai dan dah pun bercambah. Oh ye rupa-rupanya benih timun memerlukan masa rehat yang amat singkat dimana 4 hari disemai percambahan amat ketara, sejengkal lebih batang lembut dan 2 helai daunnye keluar, berbeza dengan benih terung dan cili mengambil masa seminggu untuk hanya percambahan/pecahmata.


Benih timun berusia 7 hari..


Benih terung(kampung) berusia 7 hari


InsyaAllah petang nih proses perpindahan semaian cili akan dijalankan, petua akan diikut dimana sehari suntuk semaian tidak disiram untuk memudahkan nanti anak pokok ditanggalkan dari pot semaian, mungkin batangnye pun akan liat sedikit..
Mengapa memilih waktu petang ? Untuk mengelakkan pokok tension/stress, mungkin jangkamasa lama waktu petang + malam dengan suasana sejuk aman sentosa dapat merehatkan pokok dan tak le terkezut sangat besoknya untuk menyambung kehidupan.. begitulah agaknye.

Sabtu, 31 Januari 2009

Bercuti sambil ronda- ronda cari ilmu fertigasi

Sempena cuti raya cine baru- baru nih, apa lagi ambil kesempatan untuk balik kampung 1 minggu, tapi yang meningkan kepala sape yang nak menyiram semaian cili tuh... satu minggu kering ler nampak nya, tapi tak per, system dah ader gunakan lah... Dripper dah pasang dan test kat pokok bunge, jumlah kadar air vs timer pun dah di kaji yah.. yah


Sedikit catatan sepanjang percutian di kampung.. macam homestay jer.. Tenang permai desa...lihat ler siap berkabus lagi...



Mak aiii rupernye emak dah tanam terung gergasi cara konvensional. menjadi plak tuh..


Seharian di kampung Emak, bertolak pula ke kampung mertua.., oleh kerana kampung mertua sudah berdekatan dengan Cameron Highland , aper lagi tak lepaskan peluang meninjau aktivity pertanian di sana,, secara keseluruhan system pertanian fertigasi memang dijalankan disana mungkin kerana faktor terhadnya tanah, dan system konvensional masih banyak juga dijalankan.. Tanaman strawberi fertigasi..


Sayur, epal,anggur dan bunga pun system fertigasi, nampaknyer semua fertigasi lah hidup mati fertigasi..




Tanaman Teh jer bukan guna system fertigasi

Haa yang dua di bawah tu pun bukan system fertigasi tau


Mentang- mentang lah cuti umum trafik jam gile-gile kat puncak bukit tuh , naik kematu kaki tekan pedal klach ngan brek, pulak tuh mat- mat bangla punyelah ramai keluar ari tuh, mereka nih bekerja di kebun-kebun sayur...
Secara jelasnya system tanaman fertigasi nih memang telah terbukti sebagai system pertanian moden yang berjaya...

sekian

Perkembangan Semaian Cili



Alahamdulillah anak cili mula memunculkan diri, lihatlah mereka berlumba-lumba untuk melihat dunia..
Dan sekarang tapak yang sesuai di mana agaknye....

Tapak yang sesuai buat masa ini..


Opps sang penyibuk je


System dah start setup..