Isnin, 29 Disember 2008

Percubaan / R&D Tanaman Cili Fertigasi mini.




Assalamualaikum Pembuka Coretan..
Setelah beberapa bulan lepas reserch apa projek yang hendak dijalankan maka pilihan utama tanaman fertigasi menjadi pilihan. Bermula dari survey kedai fertigasi di daerah Kulai ini nampaknya tidak ketemui, cuma di daerah Yong Peng ada rakan(Yazid) yang mengesyorkan ada satu kedai peralatan fertigasi tetapi agak jauh kira-kira 1 jam perjalanan jika melalui highway plus utara selatan , maka tempahan online (set mini fertigasi) dari Syarikat ABI AGRO dari perlis dijalankan pada 18 December 2008. Tempahan diterima pada 27 December 2008, agak sedikit kelewatan kerana cuti Critsmas lepas. Setelah memeriksa barangan yang diterima agak berpuas hati, terima kasih kpd Abi Agro ada beberapa peralatan dan barangan yang perlu dibeli lagi antaranya bekas stok baja, media tanaman/sabut kelapa hancur dan peralatan ujian/tester yang difikirkan perlu (EC & PH Meter). Semua barangan tersebut akan dibeli di salah satu kedai barangan fertigasi di Yong Peng. Mungkin esok lusa akan ke sana bersama seorang rakan (Budiman) yang juga berminat dengan projek mini ini. Kalau mengikut perancangan hari ini akan ke Yong Peng tetapi rakan saya tersebut ada kematian Saudaranya di Batu Pahat terpaksalah cancel , mungkin esok atau lusa akan ke kedai tersebut.
Hari ini 29 December 2008 projek pertama Tanaman Cili fertigasi mini, bermula dengan semaian anak benih cili jenis Kulai 568 di dalam pot semaian yang diubahsuai sendiri
menggunakan plastic pot dibeli di kedai serbaneka 20 sen per pcs, total 15 pot. Jumlah pokok hanya 10 sahaja, 8 pokok clili dan 2 pokok terung bulat.
Semalaman biji benih tersebut telah direndam supaya ia kembang, turut di semai ialah dua pot biji benih terung untuk percubaan sahaja.